Sunday, May 13, 2012

Insya-Allah

lame sgt nie dah  tak update..hee..hrini rse nk luahkan impian saye plak..klu rezeki byk insya Allah bole dpt cpt..hee..xsabar plak..ce tgk gmbo nie..


Friday, July 8, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


A185



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 
(Al-Baqarah 2:185)



Monday, July 4, 2011

Al-quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”



Wednesday, June 29, 2011

Bersabar Dalam Berdoa


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”


Monday, June 27, 2011

Mimpi



baru pulang dr kuliah TG Haron Din.. beliau m'buka kuliah dgn satu pertanyaan.
Adakah anda semua pernah b'mimpi melihat diri anda berbogel?..
semua hadirin tersentak. TG meminta sape2 yg pernah b'mimpi mengangkat tangan.
tiada seorang pun yg angkat. TG b'istighfar...TG menyambung dgn satu kisah...kisah itu diambil dari majalah arab. dalam majalah itu m'ceritak satu wawancara dgn Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais...
dlm wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. satu panggilan diterima.
Pemanggil itu b'tny soalan ttg tafsir mimpi. sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tp hny sebahagian shj beliau tahu. pemanggil itu m'ceritakan mimpinya, dlm mimpinya dia melihat seorang lelaki sdg b'tawaf dlm keadaan bogel tanpa ada perasaan malu. Sheikh m'jwb masyaallah..masyaallah...sheikh kata tafsir mimpi ini saya tahu. sheikh kata 'org itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima'. umpama anak yg baru dilahirkn tanpa sebarang dosa. Pemanggil itu b'tny: bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kpd lelaki yg saya nampak beliau dalam mimpi saya?. sheikh kata: menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu. lantas pemanggil itu b'kata: lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis2. sehingga prgm wawancara tersebut terpaksa dibatalkan.
Alangkah ruginya kita dan alangkah untungnya manusia itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima. Amalan kita termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dgn dosa, malas, banyak alasan dan macam2 lagi. Original copy ~ Ustaz Wan Mohamad Rashadan (USIM)~



Monday, June 20, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita




Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Tuesday, June 7, 2011

Jika Aku Jatuh Hati..


Ya Allah jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihku
janganlah kenikmatan itu melebihi
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati kepada kekasihku Ya Allah
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihku
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu...Amin Ya Rabbal Alamin...


kalau kita mencari cinta pada manusia
belum tentu kita temui cinta sejati
kalau kita mencari cinta pada ilahi
Dia pasti menerima cinta kita
dan itulah cinta yang hakiki

semoga cinta yang dicari
semua telah ditemui, semoga
Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNya...
Insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...