Thursday, April 1, 2010

Si Pendek Yang Menyusahkan

Petang itu saya bersama ibu, melihat satu rancangan National Geographic berkenaan tentang bagaimana usaha sekumpulan jurutera yang berusaha memindahkan rumah yang besar ke satu tempat lain dengan cara memisah-misahkan rumah itu kedalam bentuk kepingan dan dicantumkan kembali pada satu tapak rumah yang baru. Itu dinegara "omputih". Di kampung kita juga ada. Lagi "otai", tidak pisah tetapi angkat dengan rumah-rumah dengan kudrat manusia.

" Dulu, kat kampung masih ada tradisi pindah rumah ini. Ingat lagi orang kampung duk angkat rumah tok bersama-sama guna kayu," saya mengimbau kenangan.

" Ibu, masa kecik-kecik dulu, kalau ada orang yang pindah rumah, suasana memang meriah. Program mula dari malam lagi. Dengan masaknya, dengan riuh rendah orang kampung," ibu berkongsi.

Itu dahulu, generasi sekarang tidak lagi berkesempatan melihat antara budaya dan tradisi masyarakat kampung kita. Dengan barang yang pelbagai dan berat,mahupun majoriti rumah batu, tradisi ini tidak mungkin sama sekali diamalkan lagi.

Tidak boleh Angkat, Jangan Bergantungan.

" Kita dalam perjuangan, jika tidak mampu tolong, jangan menyusahkan. Macam orang angkat rumah untuk ke satu tapak yang lain. Jika orang pendek itu tidak mampu mengangkat rumah, jangan bergantung! Begitu juga dengan Islam. Jika tidak suka dengan orang menjuangkan Islam, jangan susahkan orang yang mahu memperjuangkan Islam. Ia amat-amat satu perbuatan mungkar !," jelas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.



Inilah kalimat yang masih segar dalam ingatan selepas mendengar ceramah Ustaz Tuan Ibrahim. Satu analogi yang cukup tuntas dan tegas dalam membicarakan fenominal ini.

Oleh kerana itu, bila sahaja melihat cerita di TV itu, terus ingatan tentang kata-kata beliau itu hadir kembali. Ia amat tepat menjelaskan permasalahan ummah hari ini.

" Ingat baik sangatlah tu. Depan je baik,belakang setan!"

" Weh, tak payah la nasihat-nasihat aku. Kubur masing-masing beb!."

" Ooo..cakap pasal hudud. Siaplah ko...aku report ke Pejabat Agama."

" Baik ko tidak pergi majlis tu. Meh keluar dengan aku tengok wayang, lagi best dari dengar mereka duk membebel...pot pet pot pet."

Kata-kata yang sering kita dengar dari muslim yang takwanya tiada. Mereka Islam, tetapi hati penuh kebencian, mata berbulu melihat muslim lain bicara soal Islam, berjuang didalam Islam. Memiliki salah satu ciri orang munafik, yang akan ditempatkan dalam neraka pada tingkat yang paling dalam.

Mereka biasanya, jahil tentang agama. Kebodohan yang disengajakan lantaran dendam kesumat. Mungkin kebencian pada sesuatu tokoh agama, mereka mengambil tindakan dengan berlawan bukan sahaja dengan tokoh itu, tetapi berlawan dengan Islam. Bahkan tidak kurang dari mereka berbangga mampu menghalang dan menyusahkan insan-insan yang berusaha menegakkan agama Allah.
" Tengok cikgu tuh...kena tukar ke Sabah. Akulah yang pergi report tu."

Muslim melawan Islam, aneh bunyinya tetapi ada. Bahkan, ramai!.

Mereka tidak boleh menolong Islam,bahkan tiada keinginan mahu menolong, bagi saya tiada masalah dengan syarat duduk dipinggir diam-diam. Jangan mereka pula kedepan menghalang.

Bukan sahaja tidak mahu mengangkat, tetapi siap bergantungan menambah beban pada insan lain yang berusaha membawa "rumah".

Ia satu kecelakaan dalam bertindak, kecelakaan mengundang bala diSana.




Dan itu satu babak, ia tidak berhenti pada tahap itu. Ada lagi manusia yang lebih memedihkan hati. Mereka bukan jahil, bukan bodoh, bukan tidak tahu.

Siapa mereka?

Agamawan melawan agama

Jika mereka diatas itu jahil tentang agama, dan menjadi sebab melawan agama. Tidaklah pelik cuma menyedihkan. Tidak kurang tidak juga insan yang berstatus daie' berusaha menghapuskan Islam. Bahkan ada diantara mereka berijazah dalam bidang agama, tetapi bab melawan dan menghapuskan pejuang agama mereka kedepan.
Mereka anak tok imam

Mereka sekolah agama
Mereka ahli Badar sekolah
Mereka naqib Pusat Islam
Mereka mempunyai Ijazah Syariah

Jangan kita lupa sejarah lampau Mesir. Dizaman Anwar Saadat. Menjadi kader dan permata Ikhwanul Muslimin pada awal mudanya. Bila takhta dan kuasa dipegang, beliaulah menjadi diktator yang mendekamkan ramai alim ulama dan kader Ikhwanul Muslimin ke penjara di tengah padang pasir membahang. Tidak sedikit antara mereka menjadi syuhada dimucung senjata dan ditali gantung.




Ajal mereka...

Ditali gantung orang muslim

Dimucung senjata orang muslim

Allah boleh membolak balikkan hati manusia. Tiada siapa yang dapat pastikan bahawa akhiran hidup kita adakah masih Islam. Nauzubillah.

Mereka yang dahulu gencar bersama Islam berbalik menjadi musuh kepada Islam. Penyakit itu biasanya kena pada insanawal pembabitan dalam dakwah adalah insan yang ekstrim dalam pendekatan dan berlebihan. Bukan sedikit insan yang dia lukakan dalam menyatakan sikap. Jadi apabila membuang baju Islam, mereka berbalik melawan gerakan dakwah dengan sikap keras dan ekstrim juga.

" Ana pernah ada didalam tanzim tu. Memang teruk tarbiah dan pembawaan mereka. Pasal itu ana keluar. Ana nasihatkan nta, baik tak payahlah," racun pemikiran cuba disebar oleh seorang yang digelar "x-tanzim".

" Aku tidak boleh berperananlah. Jemaah ini lembab dan bengap," kader yang menunggu sahaja untuk disuap seperti lembu di padang ragut.

Sikap ini telah diceritakan secara jelas oleh Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya Yang Berjatuhan di Jalan Dakwah.

Sememangnya faktor kepincangan dakwah itu berpunca dari faktor jemaah tetapi ia bukan satu-satunya faktor kehancuran dakwah, melainkan datang sama dengan pakej lengkap iaitu manusia didalamnya. Hancur dakwah kerana insan didalam dakwah itu rosak dan hancur.

" Apabila pergerakan dapat menjadi penyebab bergugurannya seseorang itu dimedan dakwah, adil kiranya apabila dikatakan bahawa sebahagian besar penyebabnya berasal dari pribadi yang berguguran itu sendiri,"Fathi Yakan.

Mereka bukan sahaja tidak menolong mengangkat rumah, tetapi bergantungan bahkan juga menganggu insan yang mengangkat.

Bicara mereka, hanya bicara apa yang patut jemaah Islam itu berikan kepada mereka, bukan bicara apa yang mereka patut berikan kepada jemaah itu. Kitab ulama dihafal didalam benak otak, tetapi berbekas dihati tidak sama sekali. Melahirkan agamawan yang musuh pada Islam.

Kekadang, sikap itu lahir lantaran ada konflik pribadi antara daie'. Jadi ada diantara mereka mengambil pendekatan berusaha menghapuskan gerakan Islam yang pernah mereka perjuangkan.

"Jika mahu terasa hati, ana rasa Khalid Al-Walid lagi patut terasa hati. Dipecat oleh Umar ditengah perang berkecamuk. Tetapi jelas beliau tidak berperang kerana Umar, semuannya hanyalah untuk Allah ," saya cuba menjelaskan.

" Tapi ana bukan Khalid al-Walid, akh," jawap sahabat.

" Habis tu nta jadi Abu Jahal lah ye," cepat benar hati ini mendidih bicara dengan orang yang 'pandai'. Lagi pandai, lagi susah diajar. Hidup bertongkat langit.

Seperti orang melayu kita kata

"Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar"

Ingat, tidak mahu tolong, jangan sekali-kali susahkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...